Thursday, December 1, 2011

Penantian.

Kehidupan sehari-harian aku hanyalah berkisar tentang penantian terhadap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta Hari-hari Kelepasan Am. Inilah masa-masa indah di mana aku berpeluang untuk bersama-sama dengan [K], membuat apa-apa sahaja.

Membuat apa tidak pernah menjadi masalah, selagi aku dapat menghabiskan masa dengan [K]. itu sudah cukup bermakna bagi aku.

Friday, November 25, 2011

Kesayangan.


Sweetheart aku, [K]! Lovely!!! <3







Pengganti.

Aku ada baju kepunyaan [K], aku ada rantai kepunyaan [K], aku ada beruang Koala pemberian [K] dan aku juga ada Kangaroo pemberian [K]. 

Begitu juga dengan [K], dia ada baju kepunyaan aku, dia ada rantai kepunyaan aku, dia juga ada beruang gemok pemberian aku. 

Barang-barang ini bertukar-tukar antara aku dan [K] sebagai pengganti pada ketika-ketika di mana ketiadaan aku atau dia di sisi masing-masing. Mungkin bolehlah juga diterima. Tapi, apa yang aku pasti memang barang-barang ini langsung tidak dapat mengurangkan sedikit pun kerinduan aku terhadap [K]. Aku pasti, [K] juga begitu.

Awak, saya tersangat rindukan awak.

Tuesday, November 22, 2011

Laughters.

Aku tidak akan pernah ambil peduli jika kau rasa lawak aku atau [K] tidak kelakar. 

Apa yang pasti bagi aku dan [K], lawak antara kami memang sentiasa kelakar, sangat kelakar sehinggakan tanpa berkata apa-apa pun aku dan dia mampu bergelak tawa tak ingat dunia.

Monday, November 21, 2011

Sepuluh.

Waktu itu aku dan [K] masih berkawan, kononnya aku 'adik' kepada [K], dan [K] pula 'akak' kepada aku. Ya aku tau, [K] jauh lebih muda daripada aku tapi aku rasa lebih mesra melabelkan diri aku sebagai 'adik'. Maksud aku, dengan perangai aku yang seperti ini, sudah tentu [K] akan kelihatan lebih 'akak' daripada aku yang tak lah seberapa muda ini. Tapi perihal 'adik' dan 'akak' lain kali nanti baru aku ceritakan.

Kali ini aku teringat satu ketika, sedikit masa dahulu, di waktu itu. Waktu itu [K] tidak gembira, memang sejak dahulu aku akan dapat rasakan ketika-ketika yang [K] tidak gembira, dan sebagai 'adik' yang baik dan penyayang, aku sentiasa akan ada di situ, untuk dia.

Waktu itu aku katakan kepada [K], dia salah seorang budak perempuan yang paling hebat yang pernah aku kenal. Aku berikan sepuluh (10) sebab mengapa seorang budak perempuan yang hebat seperti dia tidak perlu bersedih, walau dalam apa jua keadaan. 

Aku berikan sebab-sebab ini:-

1. U r so so so young
2. U r undoubtedly intelligent
3. U r one cute girl
4. U got style
5. U study in aussie
6. U will be a bright chemical engineer shortly
7. U got a lovely family
8. U have the coolest mother
9. Ur new haircut is dem fine :D
10. And U have one awesome and cool adik <--- that's me :P

Jadi, aku kira sudah tentu sebab yang ke-sepuluh tidak lagi relevan memandangkan sekarang ini aku bukan lagi 'adik' [K]. 

Kami jauh lebih istimewa daripada hanya 'adik' dan 'akak'.

Monday, November 14, 2011

Sebelas Sebelas Sebelas.

Lama juga aku bercongak-congak akan sesuatu perkara, apa-apa sahaja yang dapat aku dan [K] lakukan untuk kami ingati tarikh ini. Tarikh ini tidak datang selalu, tapi tetap akan datang, 2111, 2211, 2311, atau 3011, tapi pada masa itu, sudah pasti aku dan [K] sudah lumat dimakan cacing dan bersebati dengan mineral-mineral dalam bumi.  Jadi, inilah harinya.

Dan sesungguhnya, malam sebelas sebelas sebelas bagi aku dan [K] adalah sangat indah. Kenangan yang sungguh istimewa pada hari yang sungguh istimewa.

Wednesday, November 9, 2011

Satu.

Hari ini aku dah sebulan dengan [K]. Ya, baru sebulan, aku tau, baru sebulan. Tapi percayalah, tak perlu kau persoalkan mengapa aku bersungguh-sungguh menulis tentang aku dan [K] bagaikan kami dah bertahun-tahun bersama.
 
Apa yang boleh aku katakan, seperti juga entri sebelum ini adalah, apabila kau merasakan cinta seperti apa yang aku dan [K] rasa, sememangnya tak perlu bertahun-tahun, tak perlu setahun, malah tak perlu sebulan pun untuk rasai kekuatan perhubungan. Walau baru satu hari, sudah mencukupi.
 
[K], saya sangat bertuah memiliki awak, hari-hari saya semakin indah sejak hari pertama bersama awak. Semoga perasaan cinta kita semakin hari semakin menggila dari saat ini sampai bila-bila.

<3

Thursday, November 3, 2011

Garis Masa.

Mungkin percintaan aku dan [K] masih lagi mentah dari segi masa. Ya, masih belum pun cecah sebulan. Tapi jujurnya, tidak keterlaluan untuk aku katakan, hubungan yang direstui keluarga kedua-dua belah pihak tidak perlukan bertahun-tahun untuk dirasai kenikmatan, kegembiraan, dan keharmoniannya.

Itulah yang aku rasakan dalam perhubungan bersama sweetheart aku, [K].

Kontradiksi.

Mungkin juga kau akan bertanya, bagaimana aku, yang lazimnya tampil dengan penulisan yang provokatif, sarkastik, dan mencuit sensitiviti sesetengah pihak boleh tampil dengan penulisan leleh di blog ini. 

Heh, jujurnya aku tidak nampak apa-apa masalah pun dengan perubahan corak penulisan seperti ini. Apa yang penting adalah aku juga manusia yang punya rasa cinta, jadi tidak perlu kau persoalkan keinginan aku untuk menzahirkannya di sini. Aku tidak punya masalah untuk membuang ego aku dan melayan saat-saat indah yang aku kongsikan dengan sweetheart aku, [K]. 

Tidak ada faedahnya aku jadi seorang yang hipokrit, seperti engkau.

Tuesday, November 1, 2011

Kangen.

Terus terang aku katakan, aku tak pernah cukup dengan [K]. Walaupun Dia di samping aku, rindu itu tetap ada. Apatah lagi saat Dia tidak di sisi, rasa rindu itu semakin menjadi-jadi dan memang sukar untuk aku gambarkan dengan abjad. Jujurnya, aku tidak pernah rasa kerinduan yang seperti ini, sebelum ini.

Aku tidak perlukan aktiviti yang hebat-hebat untuk bergembira dengan [K], malahan kami tidak perlu berbuat apa-apa pun. Adanya Dia di samping Aku sudah memadai. Di mana-mana sahaja, apa-apa jua keadaan, semuanya akan jadi indah. 

Sangat-sangat indah.

Sunday, October 30, 2011

Addiction.

"I tried to give up cigarettes. I bought a book on addiction. Apparently, if you're addicted to something, when you give it up you replace it with something else. Like a hobby. So I did a pottery course. First day, everyone made ashtrays." -Steve Hughes-

So i gave up cigarettes a month ago. I'm no Steve Hughes and pottery is never my kinda stuff, of course.

Thing is, who needs cigarettes(or pottery?) when you have an awesome and adorable sweetheart by your side.

Well I definitely don't.

My sweetheart [K], is my addiction. Every single second.


Saturday, October 29, 2011

Kasut dan Cincin.

Sejak awal 2009 aku mula berjinak-jinak dengan arena kasut Supra. Masa tu memang tak ramai yang pakai kasut ni. Kalau kau pergi tengah-tengah bandar KL tu pun aku yakin paling ramai pun mungkin dua orang sahaja yang pakai. Aku, dan seorang lagi, seseorang yang kau, dan aku pun tak kenal. Tapi sekarang, bersepah kutu-kutu pakai Supra, apa yang lebih menyedihkan, kutu-kutu ni pakai yang total knockoff, sampah, jahanam punya tiruan. Panas jugalah aku perhatikan murakbal-murakbal ni.Tapi lantak lah, bukan kutu-kutu ni pinjam duit aku.

Jadi, sekarang aku dah kumpul tiga belas (13) pasang Supra, beberapa pasang dari koleksi aku adalah edisi terhad dan memang tak akan dapat lagi dibeli dengan sewenang-wenangnya di pasaran terang mahupun gelap. Aku puas hati dengan pencapaian aku, dengan jumlah keseluruhan yang menjangkau ribuan ringgit, kalau aku jual lepas jugalah dibuat wang hantaran, heh.Tapi mustahil aku akan jual koleksi aku ni.

Cuma sekarang aku dah cuci tangan atau cuci kaki dalam arena mengumpul Supra. Bukan apa, bila tiba masanya kita perlu beri keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Masa aku dah tiba, dan aku memilih untuk memberi keutamaan kepada arena cincin. Cincin yang akan aku hadiahkan kepada [K], sweetheart aku beberapa hari lagi. Sebagai tanda besarnya keinginan aku untuk berkongsi kehidupan dengan Dia, suatu hari nanti. InsyaAllah.

Oh! Lagipun rekabentuk kasut-kasut terbaru Supra bukanlah begitu memberansangkan dan menarik perhatian, heh.

Awak, Saya, Kita.

Ini blog baru aku, blog yang aku wujudkan, dengan penulisan di dalamnya aku tujukan khas kepada sweetheart aku, untuk aku abadikan kisah-kisah cinta aku dengan Dia. 

Dia yang bernama [K].

Aku tau, penulisan blog aku yang satu ini akan berbeza secara keseluruhannya dengan penulisan blog-blog aku yang sebelum ini, tapi biarkan, aku tidak perlukan sama sekali pengadilan kau terhadap aku. Lagipun, aku menulis bukanlah untuk memenuhi keperluan pembacaan kau, tapi seperti yang telah aku katakan di atas, ini adalah medium pengabadian perasaan, memori, kisah, antara aku dan [K].

Jadi, jika kau terjumpa atau terserempak dengan penulisan aku di blog yang satu ini, bacalah  jika kau ingin baca, dan tutuplah tetingkap ini jika kau tak ingin nak baca tapi nak mencerca. Aku tidak peduli sama sekali.  

Kepada [K], ini untuk Awak, dan Saya.

Untuk Kita.