Saturday, October 29, 2011

Kasut dan Cincin.

Sejak awal 2009 aku mula berjinak-jinak dengan arena kasut Supra. Masa tu memang tak ramai yang pakai kasut ni. Kalau kau pergi tengah-tengah bandar KL tu pun aku yakin paling ramai pun mungkin dua orang sahaja yang pakai. Aku, dan seorang lagi, seseorang yang kau, dan aku pun tak kenal. Tapi sekarang, bersepah kutu-kutu pakai Supra, apa yang lebih menyedihkan, kutu-kutu ni pakai yang total knockoff, sampah, jahanam punya tiruan. Panas jugalah aku perhatikan murakbal-murakbal ni.Tapi lantak lah, bukan kutu-kutu ni pinjam duit aku.

Jadi, sekarang aku dah kumpul tiga belas (13) pasang Supra, beberapa pasang dari koleksi aku adalah edisi terhad dan memang tak akan dapat lagi dibeli dengan sewenang-wenangnya di pasaran terang mahupun gelap. Aku puas hati dengan pencapaian aku, dengan jumlah keseluruhan yang menjangkau ribuan ringgit, kalau aku jual lepas jugalah dibuat wang hantaran, heh.Tapi mustahil aku akan jual koleksi aku ni.

Cuma sekarang aku dah cuci tangan atau cuci kaki dalam arena mengumpul Supra. Bukan apa, bila tiba masanya kita perlu beri keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Masa aku dah tiba, dan aku memilih untuk memberi keutamaan kepada arena cincin. Cincin yang akan aku hadiahkan kepada [K], sweetheart aku beberapa hari lagi. Sebagai tanda besarnya keinginan aku untuk berkongsi kehidupan dengan Dia, suatu hari nanti. InsyaAllah.

Oh! Lagipun rekabentuk kasut-kasut terbaru Supra bukanlah begitu memberansangkan dan menarik perhatian, heh.